Sunday, 11 August 2013

SYAWAL YANG HILANG





Sepanjang Ramadhan di slot Samarinda menayangkan drama bersiri sempena ramadhan bertajuk :

'RAMADHAN YANG HILANG'

Sepanjang menonton siri drama tersebut saya langsung tidak merasakan apa-apa melainkan episod akhir. Tiba-tiba saya dapat memahami keseluruhan plot cerita tersebut. Sedikit sebanyak kisah tersebut seperti ada terjadi dalam keluargaku. Namun yang nyata pada saya adalah SYAWAL tahun ini yang selayaknya saya namakan 

SYAWAL YANG HILANG

Perasaan suka dan gembira seperti telah tercabut dari jasad saya. Tiada apa-apa perasaan berlabuh di hati tatkala mendengar pengumuman raya disusuli dengan takbir

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

Satu persatu juadah lebaran saya siapkan sendirian. Saya lakukan tanpa ada perasaan. Sumpah, sedikit pun tiada. Entah sejak bila perasaan itu hilang saya pun tidak ketahui. Perasaan ini amat pelik dan aneh. Sewaktu kali pertama saya merayakan lebaran tanpa IBU pun tidak sebegini perasaan saya. Sangat hambar dan tawar. Rasa lesu dan lelah. Letih dan lemah!

Allah telah memberi saya petanda. Dan saya dapat rasakan. Kegelisahan dan keresahan bersarang sehingga ketika ramadhan melambai tanda perpisahan, malam raya pertama saya dikhabarkan berita yang menyentak hati ini. Tiada jawapan yang saya perolehi melainkan semuanya samar-samar tentang apa yang telah terjadi. Petang raya pertama saya ziarahi pusara IBU dan ADIK kemudian balik sebentar menjenguk ayah di rumah. Raya kedua saya terlantar sakit. Tidak semena-mena saya mengalami masalah perut selama 2 hari berturut-turut.

No comments:

Post a Comment