Tuesday, 18 June 2013

JeRoBU...

Dah lama tak jenguk blog. Sibuk tak menyempat. Penat tak berlapik. Kerje...kerje...kerje... Tension nyah! Tapi nak  buat macam mana. Dah pun namanya hidup. Lagu lagu mana pun kena jugak mengais... tapi idak ler mengais serope ayam. Ni dah beberapa hari ini jerobu merata riti. Sana putih, sini putih.... sana kabur, sini kabur...

Yang kelakor tu ade jugak manusia-manusia yang tak ikut perkembangan semasa. Ada yang bising-bising kat pesbuk marahkan orang bako sampah. Ape le terok rope itu mike mike tu yek... Idak ke mike-mike tu tahu yang bekepos-kepos jerobu tu adalah angkarenye penduduk Sumatra yang membako ladang-ladang diaorang. Ade ke patut diaorang membako suke suke diaorang tanpe menghirau keadaan negara jiran diaorang... isk...isk...isk...Berapa banyak negara jiran diaorang kerugian bayo DAM... tahap kesihatan rakyat yang merosot lagi...langsung tak hormat!

Sampaikan teman pun tetibe tekanan darah naik. Idok ler tinggi. Tapi teman ni jenis hidup dengan tekanan darah rendah. Tetiba naik 102/68 tentu ler bengang kepala teman ni. Rase macam kejap beso kejap kempis ajer... Bila teman diagnos dapat tahu puncanyer pada sistem atas anatomi terus teman mandi dengan ais. Alhamdulillah...dah dua kali teman mandi ayor ais...rase lege ler...

Bagi sesiapa yang rasa idok selese tubuh atau terkene macam teman ni..teman syor kan mike mandi ayor ais campur dengan hirisan limau nipis dalam 3-5 biji. Tadoh ayor tu bior ler sebesen beso...atau satu tong beso. Jangan ler gune baldi..nanti idok terase kesannnyer...bagi yang idok kenal limau nipis ni teman tunjukkan gambonyer yer...




Inilah dia limau nipis...omputeh kater LIME...

^_^ V




Wednesday, 5 June 2013

Indah Untuk Dikenang

Percutian tergempar! Tanpa dirancang tanpa ianya menjadi satu percutian keluarga yang ceria. Lokasi pun main tangkap muat sahaja. Ulang tempah sahaja lokasi percutian kami yang lepas tapi dengan orang berlainan. Hari pertama cuti budak kecik Hani  awal-awal lagi dah call. Dia cakap just nak bagi tahu yang dia sedang bercuti lama. Dan ayat yang paling  best saya dengar... kalau nak bawak dia berjalan bolehlah. Cuti lama ni. Hai la....bombastik betul rangkap ayat budak kecik 6 tahun ni. Tapi apa-apa pun kena lepaskan kenduri di rumah tok wan dulu. Baru boleh jalan-jalan makan angin keluar asap! Kali ini kami pergi bersama keluarga sepupu tiri merangkap biras dan adik biras merangkap sepupu tiri saya...  (jangan susah-susah pikir macam mana jadi macm tu. memang dah jadi macam tu pun. Hehehehehe...)


Lepas dapatkan kunci, kami masuk ke lorong sempitt ini untuk loading barang. Ini lorong pejalan kaki untuk bersiar-siar di bahagian belakang  Centela Resort. Dah dua kali datang tak de lah teruja sangat. Tapi yang lain seronok la. Lepas masukkan barang ke dalam chalet tepi sungai yang perempuan terus siapkan untuk makan malam awal-awal lagi sebab kita orang pun nak berendam dalam sungai jugak. Hehehehe...


Masa kami tiba angin sedang sepoi-sepoi bahasa bersyair tentang khabar Janda Baik. Pergh...tenang beb! Rasa nak begolek-golek kat tebing tasik tu tapi tak mungkin kot! Cantikkan!



Saya berjalan mengelilingi kawasan resort sambil merakam beberapa shot pandangan mengikut naluri sendiri. Sambil mengambil gambar terangan di minda, alangkah indahnya jika saya milik tanah dan bina rumah kediaman seperti ini. Heh...berangan ajer...












Rumah resort ini ada anjung. Best taw. petang-petang baca buku kat anjung rumah. Depan rumah ada tasik. Ada angin. Ada flora dan ada fauna.



Akustik dan klasik!



Tumbuhan ini ditanam di bawah anjung rumah. Hidup subur di gigi tasik. Alam dan air bersatu mewujudkan rasa harmoni dan tenang. 




Sesi jalan-jalan makan angin.


Inilah namanya budak kecik jaga budak kecik! 



MAnDi Time!












Ini namanya zapin air!




FLoRA diantara Flora



Dara Mesra Alam



Dara Juntaian



Dara Menawan



Erk!!!! Yang ni kira bole jugak lah.




Dara Bunian



Dara Meriah



Dara Pinggitan



Dara Pasrah



Dara Jelita



Dara Ramah



Dara antara dara



Dara Impian Semusim



Dara Sopan



Dara Setia Bersama



Di SiNi aDa NokhTaHnYe


Setelah tiga hari dua malam kami berkampung di Centela Resort Janda Baik kami bersimpan kemas untuk pulang ke negeri sendiri. Sebelum pulang, saya rakamkan beberapa kenangan penghawa dingin asli di sini. Nyaman dan menyamankan. Sejuk dan membelai. Sayonara. Biar arus terus berlagu tau bersyair menyanyikan lagu indah dan mengasikkan. Menguja semangat alam dan memberi penghidupan di bumi Janda Baik ini.