Monday, 19 August 2013

SYAWAL KE 5 YANG DI RAIKAN

Semangat yang hilang semenjak dari pertama syawal rasa terubat dengan perjalanan jauh bersama keluarga kecil saya di Linggi, Melaka pada syawal ke 5 ini. Raya pertama keluarga kecilku sekadar berjalan-jalan di shoping mall membeli setimbun buku di kedai POPULAR. Kemudian bergegas pulang ke kampung menziarahi pusara ibu dan adik. Dua jam bertandang di kampung bergegas pula pulang ke Skudai. Rasa tidak sedap badan. Kaki mula sejuk. Tanda-tanda penyakit mula nak melawat.

2 Syawal, hari yang memenatkan bila menjadi pengunjung setia doktor Tan….Das! Entah di mana silapnyer saya pun tidak tahu. Dalam sakit-sakit sempat juga saya siapkan dua pasang baju jubah dress. Huhuhuhu… malas hendak melayan rasa sakit. Alihkan tumpuan di alam jahitan. Tapi lewat petang adoila….tak tertahan rasanya. Syukurnya anak-anak pandai bawak diri. Makan minum pandai mereka kelola sendiri. Usai Isyak… tumbang habes…. Terpaksa S.O.S

3 Syawal, Masih dalam mode sakit perut. Tapi sudah boleh bercergas diri sedikit. Anak-anak mula mengemas pakaian bila ayah mereka maklumkan akan bercuti di some where at any where… tapi lastly tak jadi pergi. Saya masih belum kebah sakit perutnyer. Memang sempoi bila anak-anak tidak merunggut. Dia orang layan tv di teratak bonda mereka yang tidak berapa nak clear line nyer.. (arial ataih bumbung patah sbb kaum kerabat gagak suker bebenor bertenggek kat situ). Petang tu Pak Itam dia orang datang. Kesian Pak Itam. Kene layan diri. Saya bukan setakat kene sawan perut, kene sawan migrain jugak pada syawal ke 3 tu.

4 Syawal. Badan mula rasa berpeluh dan segar sedikit. Semalamnya macam-macam saya bedal. Minum teh pekat kelatlah, minum susu kambing plus safronlah, minum madu dengan air sejuklah… akhirnya lega sakit tu. Tapi tak sure lah… yang mana satu jadi penawarnya. Tapi yanag pasti saya tidak pergi ke klinik PENAWAR ye… Petang tu saya dan anak-anak mengemas halaman rumah. Dah lama nak buat tapi kaki tangan sering tidak menyempat. Petang ni ada 4 pasang tangan dan 4 pasang kaki yang boleh jalankan misi dan visi pembersihan. Hasilnyer….TADA!!!!!! Tuan suami memaklumkan yang kami akan ke Tanjung Piai, Kukup. Dah booked chalet pun… Hukaloh… tak bestnyer… nak buat aper atas chalet ataih laut tu. Tak boleh jadi ni…terus saya search di internet lokasi yang saya rasa masih dalam MALAYSIA dan tidak jauh pemanduan ke lokasinye itu. Cari punyer carik…TADA….


5 Syawal, pepagi kami berkemas dan bertolak dari Skudai kira-kira jam 10.30 pagi. Dalam nak pergi bercuti pun kene bereskan urusan kerja dahulu. Dengan tidak bersarapan kami terus memasuki tol Skudai. Berhenti di Pagoh untuk mengalas perut. Alas ajer. Bukan lalu sangat pun. Hati masih cuak nak makan makanan di luar. Terkenang-kenang yang perut ni masih tidak berapa sihat. Masih dalam mode waded. Selesai mengalas perut ala kadar kami terus menuju ke destinasi yang kami sendiri tidak pernah kunjungi. Hanya berpanduan maklumat di internet kami mencari arah destinasi. Yang bagusnya pengalaman berkampung selama 2 tahun di Melaka dan rajin melancong ke pelusuk Melaka memberi token dan memudahkan kami mencari lokasi.

Perjalanan diteruskan lagi. Pemanduan kami dalam kelajuan sederhana ekoran jumlah kenderaan semakin bertambah dari setiap masa. Memandangkan kami dari arah selatan, kami keluar dari highway terus ke Tol Simpang Ampat Alor Gajah. Wah...wah.... memang sosak! Lorong Touch n Go pun kelihatannya cannot GO. Sebaik sahaja melepasi tol kelihatan anggota trafik sedang berkawal di simpang tiga. Laluan keluar dari tol dibuka hanya selorong manakala lorong masuk menghala ke tol keluar dibuka kepada dua lorong.


Gambar Ihsan dari WEB ~ thank to whom take this pic~


Perjalanan diteruskan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari internet. Adalah jugak sesat barat. Tapi rasa seronok lah pulak. Macam masuk acara treasure hunt rasanya. Sepanjang perjalanan kami kiri dan kanan dihidangkan dengan pemandangan suasana kampung dan pokok buah-buahan terutamanya pokok rambutan yang sedang berbuah lebat dan dah mula masak. Rimbun dan bergayut-gayut. Adalah juga terasa hendak berhenti untuk membeli buah rambutan dari penduduk kampung tapi memandangkan kami masih dalam proses mencari lokasi percutian kami makanya...tengok ajelah....





Ini Pekan Sungai Baru. Tiba di simpang tiga ini terus kami belok ke kiri. Kami meneruskan perjalanan lagi . 



Hinggalah kami tiba di selekoh ini, hahahaha....ini kali kedua kami sesat lagi...ini jalan dah menuju ke Pantai Puteri Melaka ni.



 Kami berhenti di bawah pokok-pokok di tepi jalan ini. Pilihan terakhir, kami guna GPS...plotkan logitud dan magnitud lokasi. Dan macam biasa, menatang navigator tu akan cakap.."terus kehadapan"..."Sila patuhi had laju". Dan juga ada sorang lagi tukang reminder dalam kereta iaitu CIK Hanie... dia akan cakap..."sila bersopan di jalan raye ayah" 




Akhirnya kami sampai juga ke papan tanda macam dalam gambo tu. Ini baru kejayaan awal kami.




Ini lorong masuk ke chalet tersebut. Macam tak percaya aje. Kocik benor dan  muat-muat sebiji keto jah. Kemudian kami melalui jalan tanah merah berbatu kerikil. Kiri dan kanan pokok kelapa sawit. Anak-anak pun pelik. Masing-masing bertanya betul ker ini jalannya? Hahahaha...masing-masing dah penat sesat barat.




Akhirnya pencarian kami membuahkan hasil bila bumbung bangunan berwarna hijau menyamai dalam gambar dalam internet kelihatan. Fuh...semua menarik nafas kelegaan.




Siapalah sangka ada resort dalam kawasan sebegini. 




Ini Pintu masuk ke Umang-Umang Chalet. Maaf gambar tidak jelas sangat sebab ambil dari dalam kereta. Tapi nampakkan bentuknya.


Tuan chalet menyambut kedatangan kami dengan ramah. Semalam kami nak booked family room tapi dah habis sebab dah ada satu keluarga besar tempah terlebih dahulu. Bukan setakat family room sahaja tapi dua deret blok chalet disapu bersih. Yang tinggal hanyalah sea view chalet sahaja. Jadi kami stanbay toto lah... tapi menurut kata tuan chelat kemungkinan keluarga besar yang tempat banyak-banyak bilik tu tidak jadi datang. Kami meminta bilik keluarga jika ada lagi kekosongan. Tuan chalet meminta sedikit tempoh. Jika dalam tempoh bertenang tersebut yang booked tu tidak sampai, kami akan dapat tukat bilik. So...deal! Sementara menanti tempoh bertenang, kami berjalan-jalan di sekitar pantai. Bila nampak laut sahaja, fuh lega selega-leganya. Ketika kami tiba air sedang surut. Jadi kami berpeluang melihat pokok bakau dari jarak dekat. TADA.... ini sedikit buah tangan dari lensa saya.




















Di sini bukan sahaja ada bakau, pelbagai ikan kecik yang cantik-cantik, pelbagai jenis siput tetapi di sini ada juga haiwan klasik ini..



Ha...comei tak? Siang-siang hari membuta aje kerjenya MR OWL ni...





Ini kafe di Umang-Umang Chalet. Tukang masak dia pun tuan punya chalet. Petang tu kami pekena nasi goreng kampung di sini. Pergh...rasa macam nak terbako mulut! Podeh nyo....



 Ini di anjung kafe. Memang cantik lokasi ni. Sambil minum boleh layan menulis.




Kebanyakkan pengunjung yang datang semuanya membawa keluarga. Masa-masa senggang begini memang sesuai menjalani aktiviti mandi-manda budak-budak sebab masa ini air tengah surut. 



Di tengah-tengah laut pengunjung boleh lihat kapal-kapal dagang yang berlabuh dan juga bot-bot kecil nelayan di Linggi dan Sungai Baru  yang keluar menangkap ikan.





SeNJa YANG MeNAWaN HaTI.













Saya tidak pernah mengikuti mana-mana kelas fotografi. Ambil gambar pun ikut suka saya sahaja namun setiap gambar itu ada tertanam perasaan saya pada suasana ketika itu. Foto-foto ini saya ambil menggunakan lensa Olympus.







Foto-foto 3 ke atas yang ini saya ambil menggunakan samsung Note II




OH...BarU Ku TaHU!




Saya tertanya-tanya kenapa nama UMANG-UMANG jadi pilihan resort ini. Rupernya malam itu terjawablah sudah persoalan saya...TADA...!!!!







Ha...ini adalah sebahagian kecil umang-umang dari  berpuluh-puluh yang lain.







Setelah sehari semalam kami berada di Umang-umang resort kini tibalah masa kami berangkat pulang. Foto ni saya ambil dari simpang keluar Umang-Umang Resort ke jalan besar. Di simpang sebelah kiri saya adalah laluan ke jambatan Kuala Linggi. Tetapi yang menarik perhatian saya adalah binaan rumah penduduk berstatuskan budaya setempat. Sangat menarik.



 Ini juga salah satu bentuk rumah yang sempat saya rakamkan. Sebenarnya banyak lagi bentuk-bentuk rumah yang menarik perhatian saya tetapi tidak sempat hendak dirakamkan kerana kereta yang saya naiki bergerak laju.




Ha...ini ALAM - Akedemi Laut Malaysia.




Ini pekan kecil Sungai Baru...(menghala jalan pulang)



Jika hendak keluar dari Tol Simpang Ampat, belok ke kiri. Ikut Lubok China.




Di sini surau-surau banyak dan mudah dijumpai. Tetapi suraunya kecil-kecil.



Ha...ini juga surau di Kampuan Guan. Bangunan yang berwarna kuning sahaja ya suraunya. Yang binaan papan tu bukan.




Dalam perjalanan saya ternampak empat silinder gergasi ini. Mungkin di sini pernah diracang tapak kilang tapi tak jadi kot!




 Melepasi pokok kelapa sawit kami bertemu dengan pokok nyioq pulak. Leganye dapat tengok pokok nyioq.





Perjalanan diteruskan. Kami meghala ke Tanjung Bidara. Dalam perjalanan ini kami terserempak dengan pekerja SWM yang sedang menjalankan tugas. Saya teringat ketika membaca artikel berkenaan kerjaya sampah menyampah ini di negara Jepun. Di Jepun bidang kerjaya ini di namakan sebagai JURUTERA sisa. Tangga gaji pun cecah ke 3K. Di Malaysia? Semoga ganjaran mereka ini lebih besar di akhirat nanti atas jasa-jasa mereka menjaga kebersihkan alam sekitar walaupun pada dasarnya mereka hanya menjalani tugas disebabkan upah!





KOmPLEkS FALAK AL- KHawARiZMi



Okey...akhirnya kami tiba di kompleks Falak Al Khawarizmi Tg. Bidara. Itu pun tiga kali lalu lalang depan pak guard. Intai-intai kot-kot boleh masuk. Memanglah boleh masuk...bayarannya RM1 per orang. Tidak mengikut umur ye..





Ha...cantik tak? Ini model planet dan galaksinya...gambar atas tu sebelum lampu dinyalakan. Gambar bawah sebelah bawah selepas lampu dinyalakan.















Ini suasana dalam bilik buruj



Salah satu model JAM



Ini pulak model JAM MATAHARI




Di kompleks ini juga ada menara tinjau. Jom tengok apa yang ada di atas sana.


Ini tangga untuk ke menara tinjau..cantik kan...penuh bunga-bunga palsu.



Ha...dah nak sampai dah..sikit lagi...sikit lagi...




Teropong ini boleh tengok benda-benda di bawah sana atau pun kapal yang nampak kecil kecil ditengah lautan dengan jelas...LINE CLEAR! Tapi jangan teropong matahari pulak. Di situ dah dibagi amaran untuk tidak meneropong matahari. 



 Ini pandangan dari menara tinjau Kompleks Falak Al Khawarizmi. Kalau nak tahu di sini adalah salah satu lokasi melihat anak bulan ketika mahu menentukan Ramadhan, Syawal dan juga hari Raya Haji. Selain itu bole juga melihat gerhana bulan macam kejadian hujan meteor pada malam 6 syawal lepas..




Foto atas dan bawah : Pemandangan dari menara Kompleks Falak Al Khawarizmi. Itulah dia Tanjung Bidara.







MeH SinggAh di ALAI CoConuT ShakE





Jika anda suka melalui jalan bawah dari Bandar Melaka ke Muar, anda akan lalu di gerai Air Kelapa & Coconut Shake Alai. Rugi tak singgah. Coconut Shake dia umppph! Tumbs Up!



Lepas pekena ayaq nyoq kami pun terus balik menuju ke Baiti Jannati kami...








No comments:

Post a Comment