Percutian tergempar! Tanpa dirancang tanpa ianya menjadi satu percutian keluarga yang ceria. Lokasi pun main tangkap muat sahaja. Ulang tempah sahaja lokasi percutian kami yang lepas tapi dengan orang berlainan. Hari pertama cuti budak kecik Hani awal-awal lagi dah call. Dia cakap just nak bagi tahu yang dia sedang bercuti lama. Dan ayat yang paling best saya dengar... kalau nak bawak dia berjalan bolehlah. Cuti lama ni. Hai la....bombastik betul rangkap ayat budak kecik 6 tahun ni. Tapi apa-apa pun kena lepaskan kenduri di rumah tok wan dulu. Baru boleh jalan-jalan makan angin keluar asap! Kali ini kami pergi bersama keluarga sepupu tiri merangkap biras dan adik biras merangkap sepupu tiri saya... (jangan susah-susah pikir macam mana jadi macm tu. memang dah jadi macam tu pun. Hehehehehe...)
Lepas dapatkan kunci, kami masuk ke lorong sempitt ini untuk loading barang. Ini lorong pejalan kaki untuk bersiar-siar di bahagian belakang Centela Resort. Dah dua kali datang tak de lah teruja sangat. Tapi yang lain seronok la. Lepas masukkan barang ke dalam chalet tepi sungai yang perempuan terus siapkan untuk makan malam awal-awal lagi sebab kita orang pun nak berendam dalam sungai jugak. Hehehehe...
Masa kami tiba angin sedang sepoi-sepoi bahasa bersyair tentang khabar Janda Baik. Pergh...tenang beb! Rasa nak begolek-golek kat tebing tasik tu tapi tak mungkin kot! Cantikkan!
Saya berjalan mengelilingi kawasan resort sambil merakam beberapa shot pandangan mengikut naluri sendiri. Sambil mengambil gambar terangan di minda, alangkah indahnya jika saya milik tanah dan bina rumah kediaman seperti ini. Heh...berangan ajer...
Rumah resort ini ada anjung. Best taw. petang-petang baca buku kat anjung rumah. Depan rumah ada tasik. Ada angin. Ada flora dan ada fauna.
Akustik dan klasik!
Tumbuhan ini ditanam di bawah anjung rumah. Hidup subur di gigi tasik. Alam dan air bersatu mewujudkan rasa harmoni dan tenang.
Sesi jalan-jalan makan angin.
Inilah namanya budak kecik jaga budak kecik!
MAnDi Time!
Ini namanya zapin air!
FLoRA diantara Flora
Dara Mesra Alam
Dara Juntaian
Dara Menawan
Erk!!!! Yang ni kira bole jugak lah.
Dara Bunian
Dara Meriah
Dara Pinggitan
Dara Pasrah
Dara Jelita
Dara Ramah
Dara antara dara
Dara Impian Semusim
Dara Sopan
Dara Setia Bersama
Di SiNi aDa NokhTaHnYe
Setelah tiga hari dua malam kami berkampung di Centela Resort Janda Baik kami bersimpan kemas untuk pulang ke negeri sendiri. Sebelum pulang, saya rakamkan beberapa kenangan penghawa dingin asli di sini. Nyaman dan menyamankan. Sejuk dan membelai. Sayonara. Biar arus terus berlagu tau bersyair menyanyikan lagu indah dan mengasikkan. Menguja semangat alam dan memberi penghidupan di bumi Janda Baik ini.
No comments:
Post a Comment