Monday, 27 May 2013

Aku, Ibu dan Pucuk Ubi

Berkongsi sesuatu dengan orang yang dekat dengan kita adalah sesuatu yang menyenangkan hati. Tidak kira sama ada sudah jadi kenangan atau masih berjalan seiring dengan kehidupan kita. Sweet banget!


Ini kisah pucuk ubi. Makanan tradisional selera eksotik. Sama ada dicelur, digoreng, dimasak lemak atau rendang tidak lupa juga dibuat jemput-jemput tapi yang paling sedap bila dicecah dengan sambal belacan atau sambal pecal aka gado-gado.

Mengungkit kisah pucuk ubi ini terkenang pada arwah emak. Ketika kami berhijrah ke felda tahun 1987, tumbuhan yang paling banyak kami tanam ialah pokok ubi kayu. Bukanlah kami fanatik dengan pokok ubi tapi dari segi kaedah dan kesesuaiannya pokok ubilah yang juara. Sebelum pokok ubi berumbi pucuknya kami kekahkan dulu. Macam-macam resepi kami buat dengan pucuk ubi. Masak lemak kuning, lemak putih atau goreng antara pusingan menu makan kami sama ada siang atau malam. Antara kegemaran menu pucuk ubi antara saya dan arwah ibu ialah pucuk ubi celur cecah dengan sambal kacang yang dimasak bercampur dengan ubi kecur. Pastu tambahkan jugak dengan kacang panjang celur, tauhu dan tempe goreng tidak lupa jugak ubi sengkuang yang dipotong panjang-panjang. Itulah salad melayu! memang kami berdua akan makan sampai tak henggat dunia. Sedap tu....

Tapi bila pokok ubi dah masuk kategori 'DARA JELITA' wah...ladang kecil pokok ubi tu jadi salah satu port saya dan adik-adik main pepondok... (^_^) dan tidak luper juga kekadang kami juga berkelah di celah-celah ban pokok ubi. Suasana yang sangat dirindui... huhuhuhuhu...

Time masa tuaian hasil kami lancarkan perang... serangggggg!!!!!!
Masa inilah si khinzir hutan tu sibuk nak menuai sama hasil tanaman kami. Ayah ikat tin-tin susu yang kosong yang di karang dengan dawai utk menakut-nakutkan si khinzir and the gang dari menceroboh ladang kecil ubi kami.

Tapi itu semua cerita 25 tahun yang lalu. Kini pokok ubi seakan-akan dinasur. Semakin menyikit dan memupus. Tanam pun sekadar lepaskan gian hendak makan sayur pucuk ubi. Dan yang paling menggemparkan...seikat DAUN UBI harganya RM1.50 hingga RM2.00...diulang...DAUN UBI ye...


Saya merakam memori pucuk ubi yang serumpun di tepi rumah ayah untuk tatapan anak cucu masa akan datang. Sangat menrindui suasana masa kecil tapi apakan daya. Saya terus membesar dan membesar seterusnya akan tua dan tua dan mati juga akhirnya. namun pokok ubi tetap disitu dan tetap begitu. Bila pucuknya dipetik ianya akan mengeluarkan pucuk yang baru dan muda. Dia akan tetap rendah dan rendang selagi pucuknya sentiasa diambil manusia. Namun bila dibiarkan dia akan bebas membesar tanpa tahu had dan ketinggiannya. Begitulah kasih sayang tumbuhan pada manusia dan ketaatannya pada pencipta. 


Tuesday, 21 May 2013

Yang Indah Jadi Kenangan

Tahun 2011, Balik Pulau - Pulau Pinang

Sebenarnya saya pun tak tahu yang di Balik Pulau ini ada Taman Rama-Rama. Berbetulan ada sedikit urusan di Sungai Ara, jadi sebelum balik Jitra kita orang ronda-ronda sekejap di Pulau Mutiara. Jalan punya jalan, pusing punya pusing kami pun ter..sampai di kawasan yang bernama BALIK PULAU. Di Balik Pulau ini ada  sebuah pekan kacil tapi menarik, Ada sebuah menara arah mata angin ditengah-tengah pekan tersebut.




Tak tahu pun ada taman rama-rama di sini. So...take time for visit butterfly...tada.....!


Picture ni diambil guna samsung omnia II tapi sekarang dah tak ingat mana letak telefon tu...huhuhuhuhu...


Okey..yang ni Cik Mude Aisyah Wafa...dia tak perasan sebenarnya atas kepala dia rama-rama tu. Yang mendukung tu mama...ibu mertua kawan saya, cikgu Yam merangkap mama angkat saya

(^_^) ~ windu taw kat Aisyah n Mama.

Dah setahun lebih tak balik Jitra. Masing-masing sibuk.  Masa demi masa di penuhkan dengan kerja dan kerja lagi....




Saturday, 18 May 2013

Kerja VS Facebook

Sakitnyer urat marat saya. Sepuluh hari sudah saya duduk menghadap notebook. Pulun masukkan data. Actually dah siap 3 hari lepas. Tapi tetiba bila 'run' software jadi tunggang bin langgang pulok...hua..... (hehehehe saya tidak menangisla...programmer dengan orang yang design software tu yang nangis..saya key in kan data ajer) Tapikan banyak sebenarnya hikmah disebalik malapetaka ini....MALAPETAKA? Iskh...kasar sangat kot nak guna perkataan MALAPETAKA tu... kita ubah ye...disebalik kejadian ini sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil. Bagi programmer tersebut actually software ni adalah yang pertama kali dibuat julung-julung sepanjang dia berkecimpung dalam dunia programmer dan julung-julung kali pertama di Malaysia. Dengar khabar syarikay A****  pun berminat dengan design software kami. So..dalam bulan JUN dengan izin ALLAH akan beroperasilah sepenuhnya software tersebut. Hahahaha....saya nak amik cuti agak-agak boleh tak ye? Jawapnnya jangan harap ler....huh! saper bos! nape tak bole cuti ni....penat taw kijer.. (huhuhu saje jer nak marah diri sendiri. Bos mana ade cuti deyyy!)

Berbalik pada topik asal. KERJA vs FACEBOOK!

 Dalam sibuk-sibuk kerja, pe'login' - pe'login' facebook tetap akan punya masa untuk membelek FB masing-masing termasuklah saya..(hehehehehe) Tambahan pula sekarang masing-masing boleh terus tengok FB di handphone masing-masng. Persoalannya apa yang dibelek dalam FB tu? Jawapnnya bergantung pada apa yang dihajati. Dulu saya ada FB, sekarang pun ada FB jugak. Tapi FB dulu banyak menunggang langgangkan hidup saya. Sehinggalah sampai kesuatu peringkat saya tidak boleh tahan lagi.... TIDAKKKK!!! Lastly saya tutup FB lama tersebut. Bukan tak sayang tapi saya rasa saya perlu buka buku baru. Kawan baru. Minda yang baru. Namun sebelum itu saya hantarkan PM pada beberapa orang sahabat untuk maklumkan yang saya akan tutup akaun FB lama. So...bila saya buka akaun baru saya hanya accept request dari rakan-rakan yang sudah sedia dimaklumkan tentang perpindahan saya sahaja. Yang baru ADD tu...hurm...ada yang masih saya biorkan dalam kotak pertanyaan. Ada yang saya accept jugak setelah berbulan-bulan dibiarkan. Rakan lama yang baru add pun saya biarkan dahulu.

SOMBONG??? Tidaklah...bukan bermaksud begitu. Kali ini saya berhati-hati menerima rakan. Jika ada rakan yang sedia ada saya rasakan KURENG di hati tidak teragak-agak untuk saya remove. Bagi saya setiap perkara ada baik dan ada buruknya. Terpulang bagaimana kita hendak memanfaatkan FACEBOOK dalam kehidupan kita. Dalam FB macam-macam orang kita jumpa. Ada yang title USTAZ tapi OSTAZ rupernya. Ada yang macam baik tapi bila kita PM pada dia pergh....sombong gile. Ada nampak macam PROfesional tapi rupernya hanya hendakkan nama ajer! Orang-orang macam inilah yang dengan senang hatinya saya meREMOVEkan mereka. Saya lebih suka melihat post-post yang mendatangkan kebaikan, penambahan ilmu, perkongsian pedoman dan juga bole la jugak sebagai ruang untuk kenalan berkongsi 'PRIVATE' masalah. Apa pun tepuk dada tanya hati soal iman... "nite"