Sedang menanti di dalam kereta. Menunggu tuan suami bersembahyang Jumaat bersama kawan kami. Kami tiba di Bukit Istana dari Bera lebih kurang jam 10.30 malam. Seluruh tubuh rasa sakit-sakit dan lengguh-lenguh. Aku hanya mahu tidur! Ramadhan kali ini terasa lain. Sepertinya ada yang kurang dalam diri ini. Banyak perkara-perkara yang tidak dapat aku lakukan seperti ramdhan-ramadhan yang lepas. Untuk menyambut lembaran akan datang pun aku terasa hambar. Entah di mana silapnya aku pun tidak tahu. Tambahan lagi keadaan kesihatan aku yang sering pasang surut sejak kehadiran bulan Rejab hingga berlarutan dalam Ramadhan ini menjadikan segalanya setiap hari kepenatan menghambat setiap minit kehidupan aku.
Aku tidak mahu segala bentuk kehadiran 'benda' yang tidak nampak itu hadir sama ada mahu mendampingi aku atau sekadar pesanan dari seseorang atau ianya memang atas niat jahat, semua itu aku tidak mahu. Aku tidak hinggin intuk menerimanya. Biarpun sering iman dan kekuatan diri sering digugat aku tahu aku tidak boleh lemah dan perlu mempertahankan akidah dan ketetapan aku hanya pada ALLAH.
Memang sangat meletihkan bila bertarung dengan sesuatu yang ibarat baling batu sembunyi tangan ini. Kebelakangan ini makin kerap datang menganggu aku terutamanya dalam tidur nyata atau khyalan. Sampaikan dalam mimpi aku boleh menyatakan bahawa aku sedang diduga dan berlawan sesungguh hati untuk meloloskan diri dari tipu daya 'makhluk' itu. Dalam nyata aku jadi kaki tidur tidak kira masa. Setiap kali bangn tidur mesti akan ada kesan lecetan, cakaran, timbul biji-biji pelik pada kulit atau mana-mana bahagian anggota tubuhku menjadi sakit dan perit terutamanya di bahagian rahimku.
Di mana kekuatan aku? Kekuatan aku pertamanya ada pada kalimah ALLAH, kedua ada pada keberkatan Nabi SAW, ketiga kekuatan dari suami diikuti dari anak-anak dan diri sendiri. Bila mengalami perkara sebegini aku terkenang sentiasa ungkapan
"ALLAH memberikan apa yang kita perlu bukan yang kita mahu."
Dalam aku diiuji sebegni teramat bersyukur aku bila anak-anak tiada di sisi. ALLAH telah susunkan jarak antara kami sekali gus memberikan perlindungan kepada anak-anak agar tidak terkena tempias daripada kesulitan diri ini. Aku akan terus berjuang untuk melawan kemungkaran. Jika saudara seagamaku mampu menghadapi kekejaman zionis, kekejam golongan syiah, kezaliam golongan kuffar...aku juga harus mampu menghadapi ujian ini. ALLAH tahu apa yang terdaya oleh hamba-hambanya...
26 Julai 2013
1.39 petang, Kuantan
No comments:
Post a Comment